Kedah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Murid Sekolah Kebangsaan Sri Kulim dibekalkan topeng muka sebagai langkah keselamatan berdepan cuaca tidak menentu.
Murid Sekolah Kebangsaan Sri Kulim dibekalkan topeng muka sebagai langkah keselamatan berdepan cuaca tidak menentu.
A
A
A

KULIM - Kedah bersedia menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan hadapan.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Iskandar Ampuan Yaacub berkata, pihaknya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bersiap siaga dalam aspek pengurusan, latihan, aset dan petugas.

Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah berkata, satu mesyuarat pengurusan bencana juga akan diadakan melibatkan kesemua Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah iaitu pegawai daerah di Kedah, Oktober ini.

"Persiapan kami setiap tahun memang dah terancang khususnya bulan Oktober, biasanya seluruh negara akan adakan Kempen Bulan Kesiapsiagaan Nasional di mana pelbagai aktiviti diadakan sebagai persediaan," katanya.

Beliau ditemui ketika hadir melakukan penyerahan 55,000 topeng muka dari Agensi Pengurusan Bencana Negara di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim semalam.

Awang Iskandar (dua dari kiri) menyerahkan topeng muka kepada Mohd Yusri (dua kanan) di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim hari ini.
Awang Iskandar (dua dari kiri) menyerahkan topeng muka kepada Mohd Yusri (dua kanan) di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah merangkap Pegawai Daerah Kulim, Mohd Yusri Md Daud.

Menurut Awang Iskandar, pengurusan, pentadbiran, jadual, perancangan, latihan, aset dan petugas termasuk agensi berkaitan telahpun disusun atur sebagai persediaan awal berdepan bencana khususnya banjir.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya berkaitan pusat pemindahan dan Jabatan Meteorologi Malaysia antara agensi yang akan terlibat membuat penilaian bencana khususnya banjir yang dijangka bermula bulan depan sehingga penghujung tahun ini.

Murid Sekolah Kebangsaan Sri Kulim dibekalkan topeng muka sebagai langkah keselamatan berdepan cuaca tidak menentu.
Murid Sekolah Kebangsaan Sri Kulim dibekalkan topeng muka sebagai langkah keselamatan berdepan cuaca tidak menentu.

Beliau berkata, di kawasan hotspot termasuk daerah yang kerap banjir iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kulim, Bandar Bandar dan Baling telahpun dikenal pasti melalui sistem pangkalan data Disaster Information System.

"Setiap kali berlaku, memang dah ada rekod kawasan itu kita dah tempatkan aset, petugas termasuk persediaan dari segi pangkalan data seperti nombor telefon, direktori, pegawai bertugas, semua agensi kita sudah sedia," katanya.