Watak Yoe cukup hidup!

Drama Spontan 12 yang mula disiarkan kelmarin itu membuatkan rata-rata netizen terhibur dan berterima kasih kerana menceriakan hari mereka.
Drama Spontan 12 yang mula disiarkan kelmarin itu membuatkan rata-rata netizen terhibur dan berterima kasih kerana menceriakan hari mereka.
A
A
A

BAKAT terpendam Yoe Parey semakin terserlah dalam lakonannya apabila menjiwai watak seorang lelaki lembut dalam Drama Spontan 12 yang mula disiarkan di laman YouTube, kelmarin.

Drama Spontan 12 yang bertajuk Ashrul atau Ashley? itu mendapat tontonan lebih 2.1 juta sehingga malam tadi dan rata-rata netizen memberi komen yang cukup positif dengan lakonan Yoe itu.

Drama kali ini yang mengisahkan mengenai Ashrul dilakonkan Yoe yang bertukar menjadi seorang lelaki lembut memberi impak cukup besar kepada seluruh masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: 800,000 tonton drama spontan Syahmi, Asif tak sampai 24 jam

Netizen rata-rata memberi pendapat yang cukup baik dengan penghasilan idea oleh Syahmi Sazli itu.

Ditambah pula dengan lakonan bersahaja daripada Asif Suhaimi sebagai bapa lebih menghidupkan lagi watak yang dimainkan mereka berdua.

Walaupun tiada dialog khas, namun dengan bantuan Syahmi, Asif dan Yoe kini semakin bijak mengatur kata sekalipun mereka lebih suka bersikap bersahaja serta meluahkan apa sahaja yang mereka rasa sesuai.

Rata-rata peminat tiga YouTuber terkenal ini sentiasa menantikan kemunculan drama mereka sekali gus memberi aura cukup positif kepada mereka untuk terus berkarya.

Artikel Berkaitan:

Komen-komen "terbaiklah Yoe", "bagus lakonan Asif", "U made my day", "terima kasih ceriakan hari saya" dan banyak lagi dikongsi netizen bagi menggambarkan penghargaan mereka kepada Asif serta Yoe kerana berjaya membuat mereka terhibur dengan drama tersebut.