53 sekolah di Nilai, Mantin ditutup esok

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Semua sekolah di Nilai dan Mantin akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut melebihi 200.

Bagaimanapun, sekolah di sekitar Port Dickson beroperasi seperti biasa.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, memandangkan bacaan IPU di Nilai pada jam 9 malam tadi melebihi 200, pihaknya telah mengarahkan supaya sekolah yang berada di Nilai dan Mantin akan ditutup pada 18 September 2019.

Katanya, penutupan ini melibatkan ketidakhadiran lebih 28,000 pelajar membabitkan di 53 buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban (kawasan Nilai dan Mantin).

"Kehadiran guru dan staf adalah seperti biasa, namun bagi sekolah di kawasan PPD Port Dickson yang telah ditutup pada 17 September semalam mula beroperasi semula pada 18 September (Rabu)," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Artikel Berkaitan: