Kedah jinakkan Negeri Sembilan, sah juara Kumpulan A

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) diasak pemain lawan, Abdul Halim Zainal.
Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) diasak pemain lawan, Abdul Halim Zainal.
A
A
A

KEDAH mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan A Piala Malaysia 2019 apabila selesa menjinakkan Negeri Sembilan 4-2 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Tuan rumah yang sudah mengesahkan slot suku akhir tidak menunggu masa lama untuk berada di hadapan 1-0 menerusi Farhan Roslan yang merembat masuk menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Kaharuddin Abdul Rahman hasil umpanan cantik Edgar Bernhardt.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-34 menerusi jaringan Igor Luiz yang tidak dikawal oleh pertahanan Kedah selepas menerima hantaran lintang daripada Jose Almir Baros.

Terkejut dengan jaringan tersebut, Lang Merah kembali mengatur rentak dan berjaya kembali berada di hadapan 2-1 pada minit ke minit 44 selepas Fernando Rodriguez berjaya menjaringkan gol hasil hantaran Jonathan Bauman.

Pasukan pelawat tidak mengalah dan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi Feris Danial yang merembat masuk dari luar kotak penalti bola yang terlebih dahulu ditumbuk keluar oleh Ifwat Akmal Chek Kassim.

Kedah yang berusaha memburu tiga mata pada perlawanan akhir Kumpulan A ini mengeluarkan Fernando, Farhan dan David Rowley dan membawa masuk Muhd Fayadh Mohd Zulkifli, Fazrul Danel Mohd Nizam dan Azammuddin Mohd Akil untuk menambah ketajaman bahagian serangan mereka.

Usaha berbaloi apabila Muhd Fayahd kembali meletakkan Kedah 3-2 di hadapan pada minit ke-77 yang merembat gol masuk selepas berlaku kekalutan di hadapan pintu gol pasukan pelawat.

Edgar melengkapkan malam kemenangan Kedah untuk keputusan penuh 4-2 apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 apabila sebelum itu beliau dijatuhkan oleh penjaga gol pasukan pelawat.

Artikel Berkaitan: