Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

Bacaan IPU di Putrajaya menunjukkan trend penurunan. - Foto ZAHID IZZANI
Bacaan IPU di Putrajaya menunjukkan trend penurunan. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua sekolah di Putrajaya beroperasi seperti biasa esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Putrajaya yang semakin menurun.

Pengarah Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, pada jam 6 petang hari ini, bacaan IPU adalah di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun.

“Pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan serta mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, semua sekolah di Putrajaya ditutup hari ini selepas bacaan IPU melebihi 200 bermula jam 5 petang semalam.

Setakat jam 7 malam tadi, Putrajaya mencatat bacaan IPU 179. - Bernama

Artikel Berkaitan: