Bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir ditahan

Farooq Abdullah
Farooq Abdullah
A
A
A

SRINAGAR - Bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir (J&K) yang pernah dilihat sebagai pro India ditahan secara rasmi di bawah undang-undang yang membolehkan beliau ditahan selama dua tahun tanpa dikenakan sebarang dakwaan, menurut pihak berkuasa hari ini.

Farooq Abdullah, 81, diletakkan di bawah tahanan rumah sejak awal Ogos lalu selepas New Delhi membatalkan status khas di Kashmir dan mengenakan sekatan serta menahan puluhan ahli politik yang menyokong wilayah itu menjadi sebahagian daripada India.

Pegawai kanan polis di Kashmir, Muneer Khan berkata, penahanan Abdullah dibuat mengikut Akta Keselamatan Awam (PSA) dan beliau menjadi ahli politik pertama diberkas di bawah undang-undang tersebut.

Sehari selepas India memansuhkan status istimewa Kashmir itu, Abdullah bertindak memanjat tembok rumahnya dan mengutuk langkah itu di hadapan media.

Difahamkan, ia adalah kali terakhir pemimpin tersebut dilihat di khalayak ramai.

Sementara itu, penasihat keselamatan negara memaklumkan majoriti penduduk Kashmir menyokong langkah itu kecuali ‘suara minoriti’ menyokong Pakistan.

Namun, sejak sekatan berkuatkuasa, ahli politik yang dahulunya pro India turut mengecam keputusan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: