X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat 3S baharu dilancar di Tampoi

CAWANGAN 3S Kia Tampoi di Jalan Tampoi, Johor Bahru yang baru dibuka baru-baru ini.
A
A

PENGEDAR rasmi kenderaan jenama Kia di Malaysia, Naza Kia Malaysia, melancarkan cawangan jualan, servis dan alat ganti (3S) terbaharu yang terletak di Tampoi, Johor Bahru.

Dengan kerjasama pengedar sahnya, Supreme Priority Sdn Bhd (Supreme Priority), cawangan itu disasarkan untuk pelanggan Kia di sekitar Tampoi New Village, Skudai, Nusajaya dan Larkin.

Cawangan 3S Kia Tampoi yang terletak di Jalan Tampoi itu memiliki keluasan 18,000 kaki persegi dengan kapasiti untuk mempamerkan tujuh kenderaan di bilik pameran. Setiap bulan melalui dua ruang servisnya, ia mampu menampung lebih 100 kereta pelanggan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation, R Devaraju berkata, Johor merupakan pasaran yang penting kerana 90 peratus pemilik kereta buatan Korea di negeri itu memiliki jenama Kia.

“Dengan Pusat 3S Kia Tampoi baharu, kini kami sudah mempunyai enam cawangan di sekitar Johor. Kami yakin dapat memenuhi permintaan dan keperluan para pelanggan dan juga bakal pelanggan di sekitar negeri ini.

“Kami juga mempunyai lebih banyak perancangan untuk mengembangkan lagi rangkaian. Kami juga sudah mempunyai 45 cawangan pengedaran di seluruh negara,” katanya.

Cawangan 3S Kia Tampoi turut menempatkan ruang menunggu untuk pelanggan, ruang permainan kanak-kanak, bilik mesyuarat, surau, petak membasuh kenderaan dan juga ruang parkir yang luas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!