Jerebu: 648 sekolah kerajaan, swasta ditutup hari ini

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan berhubung jumlah penutupan sekolah susulan IPU melebihi 200.
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan berhubung jumlah penutupan sekolah susulan IPU melebihi 200.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak 648 sekolah kerajaan dan swasta terpaksa ditutup susulan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 hari ini.

Kementerian itu melalui satu kenyataan berkata, sekolah terbabit ialah di Sarawak, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Daripada jumlah itu, 636 sekolah adalah sekolah kerajaan melibatkan 445,249 pelajar, manakala 12 lagi adalah sekolah swasta membabitkan 7,432 pelajar.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya

Artikel Berkaitan: