Pasangan suami isteri didakwa bunuh anak

Kematian seorang kanak-kanak terbongkar selepas pihak polis menemui sebahagian tubuh manusia di sebuah di Blok 52 Chin Swee Road. Chanel New Asia
Kematian seorang kanak-kanak terbongkar selepas pihak polis menemui sebahagian tubuh manusia di sebuah di Blok 52 Chin Swee Road. Chanel New Asia
A
A
A

SINGAPURA - Sepasang suami isteri di Singapura didakwa hari ini kerana membunuh anak perempuan mereka yang berusia 2 tahun.

Mangsa dibunuh di sebuah flat di Blok 52 Chin Swee Road pada Mac 2014.

Bagaimanapun, jasad mangsa hanya ditemui pada Selasa lalu selepas polis menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.30 malam (waktu tempatan).

Mayat kanak-kanak terbabit ditemui selepas polis melakukan pemeriksaan di unit kediaman pasangan terbabit.

Menurut dokumen mahkamah, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 31 dan 30 tahun telah ditahan reman sejak Jun 2018 atas kesalahan berkaitan kes dadah.

Polis percaya, pasangan itu membunuh mangsa sebelum mereka menjalani hukuman reman.- Chanel News Asia

Artikel Berkaitan: