X

Kindly register in order to view this article
!

12 sekolah swasta ditutup hari ini

Pengawal Keselamatan Kompleks Sekolah Bestari Putrajaya Presint 8, Maimunah Mohd Said, 49, menutup pagar sekolah selepas sekolah sekitar Putrajaya diarahkan tutup berikutan jerebu teruk yang melanda kawasan itu hari ini. Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 12 sekolah swasta ditutup hari ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Menerusi satu kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), ia melibatkan seramai 7,432 murid dari masing-masing empat sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara dua sekolah di Putrajaya dan masing-masing satu di Cyberjaya dan Negeri Sembilan.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, Sri Aman, Sarawak berada pada bacaan IPU berbahaya (367) sementara lima kawasan lain iaitu Port Dickson (212) dan Nilai Negeri Sembilan (206), Johan Setia, Selangor (238), Seri Manjung, Perak (203) serta Kuching, Sarawak (220).

Sementara 29 lokasi lain di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak memasuki tahap sangat tidak sihat hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Keadaan berjerebu sekarang berlaku kesan daripada hampir 1,000 tompok panas di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!