Seri Manjung catat IPU sangat tidak sihat

Jadual IPU menunjukkan kawasan Seri Manjung mencatat bacaan sangat tidak sihat.
A
A

IPOH - Kawasan Seri Manjung mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat pada jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan kemas kini terbaru laman web Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan di Ipoh iaitu di Pegoh dan Tasek masing-masing mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu 104.

Dua lagi kawasan iaitu di Taiping dan Tanjung Malim mencatat bacaan sederhana dengan masing-masing 94 dan 83.

Sejak jam 8 pagi tadi, bacaan IPU di semua kawasan di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara kecuali Tanjung Malim.

Kawasan Seri Manjung mencatat bacaan IPU tidak sihat sejak jam 12 tengah malam tadi iaitu 111 sehingga jam 11 pagi iaitu 197.

Lain-lain kawasan mencatat bacaan sederhana sehingga jam 12 tengah hari apabila dua kawasan di Ipoh catat IPU melebihi 101.