Korea Selatan umum kes pertama wabak demam selesema babi Afrika

Wabak demam babi Afrika dilaporkan berlaku di Korea Selatan selepas kali terakhir berlaku empat bulan lalu di Korea Utara. - FOTO AFP
Wabak demam babi Afrika dilaporkan berlaku di Korea Selatan selepas kali terakhir berlaku empat bulan lalu di Korea Utara. - FOTO AFP
A
A
A
SEOUL - Kementerian Pertanian Korea Selatan hari ini mengumumkan kes pertama wabak demam selesema babi Afrika selepas lima ekor babi mati di sebuah ladang ternak di Paju.

Kes itu dilaporkan di Korea Selatan selepas empat bulan negara jirannya, Korea Utara melaporkan wabak pertama pada akhir Mei lalu.

Bagaimanapun, pegawai kementerian memberitahu adalah terlalu awal untuk mengesahkan jika kes itu berpunca daripada Korea Utara.

Sementara itu, Menteri Pertanian, Kim Hyun-soo berkata, sebanyak 3,950 ekor babi daripada tiga ladang di Paju terpaksa dimusnahkan.

Virus demam selesema babi Afrika tidak berbahaya kepada manusia, tetapi menyebabkan demam ‘haemorrhagic’ yang boleh menyebabkan kematian kepada binatang. - AFP
Artikel Berkaitan: