Jerebu: Sekolah di Nilai ditutup serta-merta

Mohammad Nek Ezar (kiri) melihat sumbangan topeng muka yang diserahkan oleh APM Negeri Sembilan pagi tadi. -Foto Sinar Harian
Mohammad Nek Ezar (kiri) melihat sumbangan topeng muka yang diserahkan oleh APM Negeri Sembilan pagi tadi. -Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Semua sekolah di daerah Nilai diarah tutup serta-merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi paras 200, iaitu 205.

Ketua Penolong Pengarah Kanan unit Swasta dan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Mohammad Nek Ezar Ismail berkata, arahan penutupan kesemua 46 sekolah tersebut dikeluarkan pada jam 10 pagi tadi apabila melihat bacaan IPU semakin meningkat.

Menurutnya, lebih 15,000 pelajar dibenarkan pulang awal selepas perkara tersebut dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing.

"Hanya pelajar yang diambil oleh ibu bapa mereka dibenarkan pulang manakala bagi ibu bapa yang tidak datang, pelajar tersebut boleh duduk di sekolah sehingga tempoh waktu persekolahan tamat seperti dijadualkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan topeng muka yang disumbangkan oleh Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Negeri Sembilan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di perkarangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut serta Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim.

Sebanyak 230,000 topeng muka akan diedarkan seluruh sekolah di negeri ini bagi mengurangkan gejala penyakit akibat jerebu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: Pelajar di Port Dickson cuti

Artikel Berkaitan: