X

Kindly register in order to view this article
!

PENJAGAAN denim cukup penting bagi memelihara kualiti.
A
A

PENJAGAAN pakaian dan seluar jenis denim pastinya rumit lebih-lebih lagi jenis material yang berkualiti tinggi dan boleh tahan beratnya.

Bagi si jejaka, pakaian dan seluar jenis denim cukup sinonim dipakai untuk aktiviti santai atau lasak kerana keselesaan material yang mudah dipadankan dengan pelbagai jenis baju.

Boleh dibezakan jenis material denim yang berkualiti dan tiruan di pasaran kerana denim yang bagus mampu dipakaikan sehingga lebih 10 tahun.

Bimbang warna seluar atau jaket denim anda luntur? Boleh mencuba teknik mencuci ini untuk memastikan kualiti kekal lama:

  1. Jangan campur pakaian atau seluar jenis denim dengan pakaian lain ketika membasuh menggunakan mesin.
  2. Anda perlu terbalikkan seluar atau jaket denim ketika membasuh supaya teknik ini dapat membantu memelihara warna supaya tahan lama.
  3. Jika mencuci pakaian di dobi layan diri, dinasihatkan tidak menggunakan mesin pengering kerana suhu yang tinggi akan merosakkan material denim itu sendiri.
  4. Jika ada masa, cucilah menggunakan tangan dan air sejuk dan terbalikkan ketika menyidai di ampaian.
  5. Jangan terlalu kerap mencuci pakaian atau seluar jenis denim kerana kekerapan mencuci akan merosakkan material.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus