Habitat kelip-kelip terjejas akibat jerebu

kelip-kelip
kelip-kelip
A
A
A

TAIPING - Pencemaran jerebu yang semakin teruk melanda negara dikhuatiri turut mengancam hidupan seperti kelip-kelip.

Setiausaha Persatuan Kelip- Kelip Cahaya Alam (Kecap) Kampung Dew, Shukor Ishak berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak menentu dan semakin tinggi seminggu lalu mengancam habitat dan pembiakan keli-kelip.

"Kelip-kelip sensitif dengan keadaan persekitaran dan mudah terdedah kepada ancaman termasuk udara yang tercemar memberi kesan kepada pencahayaan. Jika jerebu berterusan tidak mustahil memberi impak besar terhadap perkembangan pelancongan kelip-kelip," katanya ketika ditemui pada Program Santai Alam Sempena Hari Malaysia di Jeti Kelip-kelip Kampung Dew semalam.

Beliau yang juga Pengurus Jeti Kelip-kelip Kampung Dew berkata, dalam tempoh dua minggu berlaku penurunan kehadiran pelancong ke jeti itu antara lima ke enam peratus.

"Walaupun kesannya tidak begitu ketara berbanding tempat lain tetapi masih berisiko kepada habitat kelip-kelip di sini. Kita berharap akan hujan bagi memulihkan kembali keadaan," katanya.

Penanaman pokok bakau antara aktiviti program Santai Alam Sempena Hari Malaysia di Jeti Kelip-kelip Kampung Dew hari ini.
Penanaman pokok bakau antara aktiviti program Santai Alam Sempena Hari Malaysia di Jeti Kelip-kelip Kampung Dew hari ini.

Sementara itu nelayan darat, Zainudin Jahaya, 52, mengakui pendapatannya terjejas akibat jerebu kali ini.

Menurutnya, cuaca panas menyebabkan nelayan terpaksa pulang awal dan mengehadkan aktiviti menangkap ikan.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini kami bertahan sehingga 3 petang tetapi kini ada yang sudah pulang pada jam 12 tengah hari.

"Tangkapan pula agak berkurangan kerana air sungai panas," katanya.

Sebanyak 56 anak pokok bakau ditanam di sepanjang Sungai Sepetang sempena program anjuran bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) sebagai simbolik sambutan Hari Malaysia semalam.