Lelaki acu pistol dalam mulut bayi ditahan

Suspek melepaskan dua tembakan di udara sebelum memasukkan senjata api itu ke dalam mulut bayi yang sedang menangis.
Suspek melepaskan dua tembakan di udara sebelum memasukkan senjata api itu ke dalam mulut bayi yang sedang menangis.
A
A
A

RIYADH - Tindakan seorang lelaki mengacukan pistol ke dalam mulut bayi dan merakam perbuatan itu mengundang padah apabila dia ditahan polis Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar dalam talian Sabq yang memetik jurucakap polis, Leftenan Kolonel Chaker Sulaiman sebagai berkata, suspek dipercayai abang kepada bayi berkenaan.

"Suspek berusia 20-an. Dia telah ditahan dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu dirampas. Dia kini akan didakwa mengikut prosedur undang-undang," jelasnya.

Menerusi video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial itu, suspek melepaskan dua tembakan di udara sebelum memasukkan senjata api itu ke dalam mulut bayi yang sedang menangis.

Selepas video tersebut tular, pihak berkuasa Saudi menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil mengenal pasti suspek terbabit.

Difahamkan, suspek bakal menghadapi tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan melanggar sistem senjata negara itu.

Tembakan udara diharamkan di Arab Saudi namun masih menjadi amalan biasa dalam kalangan masyarakat terutama ketika majlis perkahwinan. - Gulf News

Artikel Berkaitan: