Harga minyak melonjak

Infrastruktur di kemudahan minyak Abaqaiq yang musnah akibat serangan dron pada Sabtu lalu.
Infrastruktur di kemudahan minyak Abaqaiq yang musnah akibat serangan dron pada Sabtu lalu.
A
A
A

RIYADH - Serangan ke atas dua kemudahan minyak utama Arab Saudi mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah buat pertama kali hari ini dalam tempoh tiga dekad.

Harga minyak meningkat kepada 20 peratus di atas AS$71 (RM295) setong apabila pasaran dibuka semula susulan serangan ke atas infrastruktur itu yang turut mengurangkan lebih separuh daripada pengeluaran di kemudahan terbabit.

Selain itu, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa mencecah hampir AS$12 (RM50) dalam dagangan setinggi AS$71.95 (RM299.92) setong sebelum menurun kepada AS$66.75 (RM278.25) menjelang tengah hari di Asia yang menyaksikan peningkatan sebanyak hampir 11 peratus.

Sementara itu, West Texas Intermediate (WTI) yang menjadi penanda aras Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 16 peratus kepada AS$63.64 (RM265.28) setong sebelum keuntungan menurun kepada 9.7 peratus atau AS$60.14 (RM250.69) setong.

Serangan ke atas kemudahan syarikat minyak, Saudi Aramco itu turut menyebabkan penutupan secara efektif enam peratus bekalan minyak global, namun ia memberi jaminan kehilangan lebih separuh daripada lima juta tong keluaran minyak itu akan kembali pulih menjelang hari ini.

Sebagai respons ke atas perkembangan itu yang dikhuatiri akan menjejaskan pasaran minyak global, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertindak membenarkan bekalan AS dikeluarkan daripada Rizab Petroleum Strategik negara itu.

Kelmarin, Saudi Aramco memaklumkan mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 5.7 juta tong sehari atau kira-kira 50 peratus keluaran akibat serangan ke atas kompleks pemprosesan minyak terbesar di dunia di Abqaiq dan loji minyak utama di Khurais. - Agensi

Artikel Berkaitan: