Operasi padam kebakaran ladang MARDI ditamatkan

Operasi pemadaman ladang tanah gambut di Jalan Johor-Pontian ditamatkan pada hari ke-13 kelmarin. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
Operasi pemadaman ladang tanah gambut di Jalan Johor-Pontian ditamatkan pada hari ke-13 kelmarin. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
A
A
A

PONTIAN - Operasi memadam kebakaran tanah gambut di ladang milik Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) dan Jabatan Pertanian di Jalan Johor-Pontian seluas 7.5 hektar ditamatkan kelmarin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Iqbal Raduan berkata, operasi melibatkan 41 anggota bomba dan pelbagai agensi itu berakhir pada hari ke-13 operasi.

Menurutnya, antara agensi terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), MARDI dan Jabatan Alam Sekitar.

Pada 3 September lalu, kebakaran ladang tanah gambut menjejaskan murid Sekolah Kebangsaan Parit Selangor yang terletak pada jarak 2 kilometer menyebabkan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dipindahkan ke sekolah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ladang MARDI di Pontian terbakar

Calon UPSR dipindahkan angkara jerebu

Artikel Berkaitan: