500 warga Sri Setia raikan Hari Malaysia

Seramai 500 peserta menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat DUN Sri Setia di sini.
Seramai 500 peserta menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat DUN Sri Setia di sini.
A
A
A

SRI SETIA - Lebih 500 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Setia menyertai perarakan dan pelbagai aktiviti termasuk perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat DUN itu di Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, sambutan itu diadakan bagi memupuk semangat kebersamaan pelbagai bangsa dalam meraikan sambutan yang amat bermakna ini.

"Sambutan kali ini kita adakan dengan menggabungkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

"Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan biarpun cuaca sedikit berjerebu namun tidak mematahkan semangat masyarakat terdiri pelbagai bangsa untuk bersama meraikannya," katanya.

Peserta turut terdiri daripada kanak-kanak menggayakan baju Melayu.
Peserta turut terdiri daripada kanak-kanak menggayakan baju Melayu.

Beliau berkata demikian pada program sambutan Hari Malaysia peringkat DUN Sri Setia di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana di sini.

Halimey berkata, majlis dimeriahkan dengan acara perarakan kemerdekaan yang disertai seramai 500 peserta.

"Kita berarak beramai-ramai dengan disertai masyarakat pelbagai lapisan umur dan bukan itu saja malahan masing-masing bersemangat menyertai kesemua program yang direncanakan sepanjang program ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir pada majlis itu adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.