Nik Abduh kongsi pengalaman pertama kali ke PWTC

Nik Abduh (kiri) berkongsi gambarnya ketika menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC. FOTO: Facebook Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh (kiri) berkongsi gambarnya ketika menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC. FOTO: Facebook Nik Abduh Nik Abdul Aziz
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Himpunan Penyatuan Ummah Jumaat dan Sabtu lalu.

Anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menggambarkan bahawa kehadirannya ke PWTC itu umpama hari pertama menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat.

“Terima kasih UMNO izinkan saya menjejak kaki di pentas utama Dewan Merdeka. Laksana hari pertama menjejak kaki di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.

“Terima kasih Pas menebar Kuala Lumpur dengan kuntuman bunga raya kasih sayang dan jaringan persaudaraan sesama umat. Terima kasih rakyat Malaysia menyambut #HPU914 sebagai hari besar paling bersejarah di ambang 2020,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Sabtu lalu menyaksikan UMNO dan Pas mencipta sejarah apabila secara rasminya menjalinkan kerjasama dengan menandatangani Piagam Muafakat Nasional di PWTC.

Melalui piagam itu, kedua-dua parti Melayu-Islam terbesar di Malaysia bertekad untuk mencetuskan tsunami ummah menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Artikel Berkaitan: