Semua sekolah di Tangkak, Muar dan Pontian dibuka semula esok

Semua sekolah di Tangkak, Muar dan Pontian yang ditutup semalam akibat jerebu dibuka semula esok.
Semua sekolah di Tangkak, Muar dan Pontian yang ditutup semalam akibat jerebu dibuka semula esok.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Semua sekolah di daerah Muar, Tangkak dan Pontian yang ditutup semalam akibat udara yang sangat tidak sihat akan di buka semula seperti biasa esok.

Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) terkini di lapan stesen di negeri menunjukkan banyak trend menurun iaitu di bawah 200.

"Bagaimanapun bagi daerah yang status IPU masih pada paras lebih 100 aktiviti luar bilik darjah perlu ditangguhkan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Semalam, 330 sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di daerah Muar dan Tangkak ditutup berikutan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Penutupan itu membabitkan lebih 220 sekolah dan IPT di Tangkak dan Muar serta 100 sekolah di Pontian.

Artikel Berkaitan: