Ingatkan anak harimau...

Anggota APM Kota Setar menangkap seekor anak kucing hutan yang disangka anak harimau di Kampung Bukit Teriak di sini malam tadi. - Foto ihsan APM Kota Setar
Anggota APM Kota Setar menangkap seekor anak kucing hutan yang disangka anak harimau di Kampung Bukit Teriak di sini malam tadi. - Foto ihsan APM Kota Setar
A
A
A

ALOR SETAR - Seekor kucing hutan yang disangkakan anak harimau ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar di Kampung Bukit Teriak di sini malam tadi.

Pegawai Operasi APM Kota Setar, Lt. (PA) Mohammad Rizal Abd Razak, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan anak kucing hutan itu kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, kucing hutan ataupun nama saintifiknya Prionailurus planiceps dipercayai tersesat masuk ke dalam rumah seorang penduduk.

"Sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi untuk menangkap haiwan tersebut.

"Sebaik tiba, tuan rumah memaklumkan bahawa ada seekor 'anak harimau akar' dalam perangkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Rizal berkata, haiwan terbabit dipercayai tersesat sebelum masuk ke dalam perangkap berkenaan.

"Anggota mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menangkap haiwan tersebut berikutan ia bertindak agresif ketika hendak ditangkap," katanya.

Katanya, orang awam diminta membuat laporan tentang haiwan liar boleh membuat laporan di 999 atau talian hotline APM Kota Setar (Operasi) 04-7323801 atau 04-7323810.

Artikel Berkaitan: