Isteri kelar kemaluan suami diberkas

Laporan Sinar Harian Online mengenai kejadian itu Khamis lalu.
A
A

IPOH - Wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian kelar dan menikam kemaluan suaminya berjaya ditahan polis Khamis lalu bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, suspek warga Sri Lanka berusia 48 tahun itu diberkas ketika cuba melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Wanita itu ditahan di jabatan kecemasan hospital itu pada malam kejadian ketika dia cuba melawat suaminya yang menerima rawatan akibat kecederaan parah.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Dalam kejadian bermotifkan cemburu itu, suspek bertindak demikian menggunakan pisau di sebuah rumah kedai di Jalan Bestari Meru, Jelapang sekitar jam 12.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kelar, tikam kemaluan suami angkara cemburu