X

Kindly register in order to view this article
!

Bale bukan ‘kambing hitam’

Zidane menyangkal kenyataan Bale mengatakan Los Blancos menjadikannya sebagai ‘kambing hitam’ di kelab itu.
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane menyangkal kenyataan Gareth Bale yang mengatakan Los Blancos menjadikannya sebagai ‘kambing hitam’ di kelab itu.

Menurutnya, kelab memberikan layanan sama rata kepada semua pemain dan pemain Wales itu masih menjadi antara pemain penting buat pasukan.

Sebelum ini, Bale mengeluarkan kenyataan dia menjadi pemain yang sering dipersalahkan dalam pasukan susulan prestasi hambar gergasi Sepanyol itu musim lalu.

Malah, Zidane juga mahu menjual pemain itu, namun tidak berhasil kerana tiada pasukan yang mampu mengeluarkan dana untuk mendapatkan Bale.

“Kami semua bertanggungjawab jawab di sini untuk apa jua yang berlaku baik atau buruk. Tanggungjawab bukan hanya pada Bale seorang,” kata Zidane.

Pemain berusia 30 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama Real pada tiga perlawanan awal liga dan tampil cemerlang dengan menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol.







Zidane (kiri) mengakui gembira dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Bale.
Zidane (kiri) mengakui gembira dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Bale.

Pengendali kelahiran Perancis itu juga mengakui gembira dengan aksi yang dipamerkan Bale musim ini.

“Saya selalu mengatakan dia adalah pemain dengan kualiti yang bagus. Semua orang tahu situasi di musim panas ketika kami mahu menjualnya.

“Sekarang, dia kekal bersama kami dan saya gembira dengan prestasinya. Malah saya juga yakin dia gembira berada di sini begitu juga penyokong. Sekarang kami harus melangkah ke hadapan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus