Insiden 17 motosikal terbakar tiada unsur khianat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada unsur khianat dalam insiden kebakaran membabitkan tujuh motosikal di Blok A, Pangsapuri Desa Tenaga, Jalan Klang Lama di sini pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.38 pagi.

Menurutnya, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh bomba dan hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur khianat.

"Tujuh motosikal itu terbakar disebabkan kedudukan antara motosikal dalam keadaan rapat," katanya.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mengunjungi balai polis berhampiran.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Rozymi Mohd Alwi di talian 010-225 8252 atau Pegawai Penyiasat Inspektor V Yoges Kumar di talian 019-619 2726," katanya.

Sebanyak 17 motosikal yang diletakkan di tingkat bawah Pangsapuri Desa Tenaga terbakar awal pagi tadi.

Tujuh daripada motosikal itu musnah keseluruhan, manakala 10 yang lain terjejas 10 peratus.

Artikel Berkaitan: