Tiga peniaga cedera dihempap pokok tumbang

Pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta dan van serta mencederakan tiga peniaga di Jalan Lunas- Padang Serai petang tadi.
Pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta dan van serta mencederakan tiga peniaga di Jalan Lunas- Padang Serai petang tadi.
A
A
A

KULIM - Tiga peniaga cedera ditimpa pokok tumbang di tapak Pasar Ahad di Jalan Lunas- Padang Serai di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, insiden itu melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berusia 23 hingga 53 tahun.

Menurutnya, kejadian pada jam 1 petang itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun patah kaki kiri dan bahu.

"Dua lagi mangsa iaitu wanita berusia 23 dan 53 tahun mengalami sakit dada dan badan serta mengalami luka ringan di jari tangan sebelah kanan.

"Mangsa lelaki dirawat di zon merah, manakala dua wanita terbabit menerima rawatan di zon hijau Hospital Daerah Kulim," katanya.

Beliau berkata, kejadian itu turut merosakkan empat gerai jualan, sebuah van dan kereta.

Katanya, pegawai dan empat anggota dari Balai Polis Padang Serai serta anggota bomba berada di lokasi kejadian untuk bantuan dan kawalan lalu lintas.

Artikel Berkaitan: