PERR 2019: Giliran naib juara 2018 tumbang

Terengganu membuka kempen Kumpulan B PERR langkah kiri apabila ditumbangkan Kingstown FC Klang 3-0. Foto: PBMM
Terengganu membuka kempen Kumpulan B PERR langkah kiri apabila ditumbangkan Kingstown FC Klang 3-0. Foto: PBMM
A
A
A

PENYANDANG juara, Pahang kembali menghidupkan semula peluang mara ke saingan suku akhir Piala Emas Raja-raja (PERR) Ke-79, 2019 selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada saingan Kumpulan C hari ini.

Juara berganda bertahan yang dikejutkan Melaka 1-0 semalam, bangkit untuk memperoleh mata penuh hasil jaringan kapten, Azuan Izam dan Mohamad Yaumi Zzaman pada minit ke-20 dan 38 di Padang B2 Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Kelantan merapatkan jurang gol menerusi Mohamad Nurudin Yusof pada minit ke-43 selepas dia menewaskan penjaga gawang Pahang, Muhamad Akhil Asyraf Abdul Rahim.

Namun kemenangan sulung skuad Ahmad Yusoff ini hanya meletakkan mereka mengekori Melaka yang mendahului kedudukan mata Kumpulan C juga dengan tiga mata namun dipisahkan dengan perbezaan gol, satu berbalas sifar.

Muka baharu baharu Piala Emas Raja-raja 2019, Kingstown FC, muka mengejutkan naib juara 2018, Terengganu 3-0 di Sintok, semalam. Foto: PBMM
Muka baharu baharu Piala Emas Raja-raja 2019, Kingstown FC, muka mengejutkan naib juara 2018, Terengganu 3-0 di Sintok, semalam. Foto: PBMM

Negeri Sembilan turun ke tempat ketiga kumpulan ini bersama dua mata setelah terselamat dengan jaringan penyamaan Firdaus Azizul pada minit ke-78 yang turut mencatat hatrik, minit keempat dan 56) untuk mengikat Angkatan Tentera Malaysia 3-3.

Kejutan berlaku di padang bersebelahan B1 UUM yang menyaksikan muka baharu PERR, Kingstown FC menumpaskan naib juara 2018, Terengganu 3-0 hasil dua gol Izzaq Faris Ramlan, minit ke-32 dan 89 serta Fakhrurazi Musa (72).

Kemenangan kelab dari Klang, Selangor itu membolehkan mereka menerajui Kumpulan B yang baru beraksi hari ini diikuti Pulau Pinang yang turut meraih tiga mata setelah menumpaskan Singapura 2-1 di Padang D2 UUM.

Artikel Berkaitan:

Gol-gol Pulau Pinang, juara PERR 2017, dijaringkan S. Ragaventhiren dan Syazwan Moha Kassim pada minit ke-68 dan 82 manakala pasukan lawan jemputan itu membalas menerusi Muhamad Sadiq Said (71).

Teraju Kumpulan A dikuasai Polis Diraja Malaysia (PDRM) biarpun diikat 1-1 oleh juara PERR 12 kali, Selangor di Stadium Mini Jitra dengan gol berselang dua minit dijaringkan Rijal Fikry Yusoff dan R. Deva pada minit ke-65 dan 67.

Perlawanan ini diberhentikan buat sementara pada minit ke-33 oleh pengadil, Muhammad Izzat Izaini Ali gara-gara hujan lebat dan angin kencang.

PDRM dan Selangor terikat empat mata namun dibezakan dengan jurang gol dan bolos sementara Majlis Sukan India Malaysia (MISC) membuka langkah kanan dengan mengatasi Perbadanan Stadium Sarawak 2-1 juga dalam kumpulan ini.

Aksi dua muka baharu PERR di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Jitra ini menyaksikan penjaring pertama MISC, V. Satheskumar dibuang padang pada minit ke-74 selepas menyumbat gol minit ke-57 dan dilebarkan G Thipenraj, minit ke-63.

Perak pula menunjukkan kegarangan apabila membuka aksi Kumpulan D dengan menumpaskan Kuala Lumpur 4-2 termasuk dua gol Syahir Bashah pada minit ke-65 dan 76 selain satu masing-masing oleh Alif Safwan (20) dan Arif Shaqirin Suhaimi (83).

Kuala Lumpur pula membalas menerusi kapten, Muhamad Aliff Mazlan dan M. Dnesh dalam aksi di Padang A UUM itu.

Kingstown FC, muka baharu Piala Emas Raja-raja 2019 mengejutkan naib juara 2018, Terengganu 3-0 di Sintok, semalam

KEPUTUSAN

Kumpulan A:

MISC 2-1 PSS

PDRM 1-1 Selangor

Kumpulan B:

Kingstown FC 3 - 0 Terengganu

Singapura 1- 2 Pulau Pinang

Kumpulan C:

ATM 3-3 Negeri Sembilan

Kelantan 1-2 Pahang 2

Kumpulan D:

Perak 4-2 Kuala Lumpur

JADUAL ESOK

Kumpulan A:

DBKL FC lawan MISC (Stadium Jitra)

PSS lawan PDRM (Polimas, Jitra)

Kumpulan B:

P. Pinang lawan Kingstown FC

Terengganu lawan Singapura

(UUM, Sintok)

Kumpulan C:

Melaka lawan ATM

Pahang lawan Negeri Sembilan

(UUM, Sintok)

Kumpulan D:

KL lawan Perlis

Kedah lawan Perak

(UUM, Sintok)

•Sepak mula 4.45 petang kecuali Kedah-Perak, 8.45 malam

.