Kelantan sokong hasrat Keluarga Besar Nikmatillah

Mohamed Fadzli (kiri) merasmikan sekolah rendah Sriti Tok Guru, semalam.
Mohamed Fadzli (kiri) merasmikan sekolah rendah Sriti Tok Guru, semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyokong hasrat Keluarga Besar Nikmatillah untuk melengkapkan sistem pendidikan Maahad Darul Anuar (Mada) sehingga ke peringkat universiti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli berkata, ini akan memberi peluang yang lebih luas kepada pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara.

“Ia selaras dengan hasrat keluarga ini sejak sekian lama termasuk usaha mereka berulang-alik ke pejabat Exco bagi menjayakan proses pengambilalihan Mada,” katanya, selepas merasmikan sekolah rendah Sriti Tok Guru, semalam.

Hadir sama, Penolong Pengarah YIK, Ahmad Pakhruddin Deraman, Zanaruddin Yaacob dan Pengetua Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Anuar, Anuar Nik Hamdi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan komitmen keluarga sebagai pemegang amanah tanah wakaf ini untuk melengkapkan sistem pendidikan.

Menurutnya, Mada menyediakan pendidikan bermula prasekolah iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Darul Anuar, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Sriti Tok Guru bagi peringkat rendah dan SMUA Darul Anuar dan Maahad Taahfiz Nikmatillah bagi peringkat menengah.

“Kita komited untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian lebih tinggi dan sasaran kita yang seterusnya ialah di peringkat universiti,” katanya.

Artikel Berkaitan: