Polis buru suspek cuba pecah rumah, samun restoran

Suspek sama turut menyamun di sebuah restoran 24 jam di Taman Sri Gombak.
Suspek sama turut menyamun di sebuah restoran 24 jam di Taman Sri Gombak.
A
A
A

GOMBAK - Sebuah video cubaan samun oleh dua lelaki dengan salah seorang bersenjatakan parang tular di laman sosial Facebook dan Twitter semalam.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit setengah itu dipercayai berlaku di Taman Sri Gombak di sini.

Kedua-dua suspek yang menutup muka dengan memakai topeng dan helmet tersebut dilihat cuba memecah masuk sebuah rumah melalui pintu utama.

Suspek menendang pintu utama untuk cubaan pecah rumah di Taman Sri Gombak.
Suspek menendang pintu utama untuk cubaan pecah rumah di Taman Sri Gombak.

Suspek dilihat beberapa kali menendang pintu sebelum menggunakan parang untuk memecahkan tombol pintu, namun tidak berjaya sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Dalam video berasingan, suspek dilihat menyamun sebuah restoran 24 jam di kawasan sama.

Video tersebut memaparkan suspek berbahasa Melayu serta mengacu parang meminta penjaga kaunter menyerahkan wang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arsad Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan giat dijalankan serta suspek masih diburu.

Artikel Berkaitan: