20 pekerja ladang hilang tempat tinggal di Bakun

No Image Caption
A
A
A
BINTULU - Seramai 20 pekerja ladang kelapa sawit hilang tempat tinggal apabila dua buah blok rumah kayu di Ladang Sepakau 3, Sungai Asap Jalan Bakun terbakar pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa yang hilang tempat tinggal terdiri daripada sembilan pekerja warga tempatan serta 11 pekerja warga Indonesia.

Menurutnya, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian dan tidak mengalami kecederaan.

“Punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut PGO, pihak bomba menerima panggilan pada jam 10.36 pagi.
Artikel Berkaitan:


"Disebabkan lokasi kejadian terletak 215 kilometer dari balai, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 1.21 petang.

“Operasi ditamatkan pada jam 3.21 petang setelah operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka,” katanya. - Bernama