Pemain terbaik hoki ais terima hadiah senapang AK47

Savely Kononov dihadiahkan senapang jenis AK47 selepas bergelar pemain terbaik hoki ais.
Savely Kononov dihadiahkan senapang jenis AK47 selepas bergelar pemain terbaik hoki ais.
A
A
A

MOSCOW - Seorang pemain terbaik dalam pasukan hoki ais di Rusia menerima hadiah luar biasa berupa selaras senapang jenis AK47.

Hadiah unik itu disampaikan jurulatih pasukan Izhstal, Ramil Sayfullin kepada penjaga gawang, Savely Kononov sempena perlawanan terakhir selepas berjaya mengalahkan Chelmet dengan keputusan 3-2.

Sebagai sebahagian daripada tradisi yang baru diperkenalkan itu, pemain terbaik yang dipilih oleh pengurus pasukan dan beberapa pegawai lain akan dihadiahkan senjata api untuk kegunaan peribadi.

Izhstal berasal dari bandar Izhevsk, sebuah kawasan pengeluar senjata Kalashnivov Concern yang terkenal di dunia.

Sebelum ini, pemain bola sepak di Afrika Selatan pernah dihadiahkan data internet 5GB, manakala pemain lain di Ghana dihadiahkan sepasang sandal. - Metro UK

Artikel Berkaitan: