Sheikh Hasina menang pilihan raya Bangladesh

Sheikh Hasina kekal untuk penggal ketiga berturut-turut.
Sheikh Hasina kekal untuk penggal ketiga berturut-turut.
A
A
A

DHAKA - BANGLADESH . Parti Liga Awami Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menang pilihan raya umum kontroversi negara itu, hari ini, lapor stesen televisyen tempatan.

Pakatan Hasina mudah mengatasi 151 kerusi Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, kata Channel 24 yang mengumpulkan keputusan pengundian dari seluruh negara.

Pilihan raya kali ini bagaimanapun dicemari dengan insiden keganasan.

Polis berkata, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam pergaduhan antara penyokong Liga Awami dan pembangkang, Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) pada hari pengundian semalam. - Agensi

Artikel Berkaitan: