Bakar motosikal kerana kekasih mahu putuskan hubungan

Motosikal yang dipinjamkan kepada kekasih dibakar suspek.
Motosikal yang dipinjamkan kepada kekasih dibakar suspek.
A
A
A

LANGKAWI - Berang kerana kekasihnya mahu memutuskan hubungan, seorang penganggur membakar sebuah motosikal yang dipinjamkan kepada wanita itu di Kuah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku sekitar 12 tengah malam ketika lelaki berusia 26 tahun itu pergi bertemu dengan teman wanitanya di hadapan sebuah kedai di Pandak Mayah, Kuah sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Menurutnya, ketika pertengkaran itu, wanita berusia 20-an itu telah menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta mereka.

“Lelaki itu kemudian bertindak membakar sebuah motosikal jenis Honda selepas membuka penutup minyak. Selepas menyedari kehadiran polis dan bomba, dia melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Iqbal berkata, hasil siasatan mendapati motosikal yang rentung dalam kebakaran itu merupakan motosikal curi yang dilaporkan hilang di Balai Polis Kuah pada 18 Februari lalu.

“Lelaki itu berjaya ditahan dan polis turut menahan teman wanitanya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu turut memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Artikel Berkaitan: