Lelaki maut ditetak dalam kereta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan mati di dalam sebuah kereta di Jalan Kelapa Muda Kampung Segambut Bahagia di sini pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis menerima laporan kejadian melibatkan kes pergaduhan itu jam 9.12 pagi.

Menurutnya, mangsa berusia 30 tahun itu disahkan telah meninggal dunia di bahagian kerusi pemandu sebuah kereta jenis Toyota.

"Mangsa mengalami cedera di bahagian muka, tangan dan perut dipercayai ditetak menggunakan senjata.

"Saksi di lokasi kejadian telah diambil keterangan. Kes masih diteruskan untuk mengenal pasti suspek dan motif kejadian," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Azrizal Khairul di talian 019-2769117 atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21469999 atau ke balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: