Thalay Laut kukuh kerjasama Malaysia, Thailand

TLDM dan RTN melakukan latihan bersama bagi memperkuatkan kerjasama untuk memastikan keselamatan maritim bermula pada 7 September lalu dan berakhir kelmarin di Pangkalan Tentera Laut Kuantan (KNB) serta perairan Laut China Selatan.
TLDM dan RTN melakukan latihan bersama bagi memperkuatkan kerjasama untuk memastikan keselamatan maritim bermula pada 7 September lalu dan berakhir kelmarin di Pangkalan Tentera Laut Kuantan (KNB) serta perairan Laut China Selatan.
A
A
A

KUANTAN - Angkatan Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Laut Diraja Thailand (RTN) mengadakan latihan Thalay Laut dalam rangka memperkuatkan kerjasama mereka.

Komander Angkatan Laut 1, Laksamana Muda, Abu Bakar Mohd Ajis berkata, pelaksanaan latihan itu akan memupuk hubungan yang lebih dekat dan dapat memastikan keselamatan maritim.

Menurutnya, kerjasama kedua-dua negara itu telah dibuat sejak 1980.

"Ini adalah peluang terbaik untuk kedua-dua angkatan laut saling berkongsi ilmu dan kemahiran serta membangunkan persefahaman bersama.

"Saya percaya latihan ini akan terus menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan ikatan, selain mempertingkatkan kemampuan saling kendali," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Latihan dua hala itu bermula pada 7 September lalu dan berakhir kelmarin di Pangkalan Tentera Laut Kuantan (KNB) dan di perairan Laut China Selatan.

Latihan itu turut disaksikan oleh Komander Patrol Skuadron Royal Thai Fleet, Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Sompong Narkthong di Pangkalan Tentera Udara Kuantan.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, pelbagai aktiviti seperti sukan, perbincangan dan latihan lapangan (FTX) diterapkan dalam Thalay Laut itu.

Artikel Berkaitan:

"Bagi latihan FTX, pihak kami menggunakan dua aset iaitu KD Pahang dan KD Handalan, manakala RTN menggunakan HTMS Krabi serta HTMS Chonburi," katanya.