Jerebu: Tangkak, Bandaraya Melaka catat IPU tertinggi

Bacaan Indeks Pencemaran Udara Malaysia terkini.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara Malaysia terkini.
A
A
A
SHAH ALAM - Tangkak, Johor dan Bandaraya Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 12 tengah hari ini dua kawasan terbabit masing-masing merekodkan bacaan tertinggi iaitu 254 dan 222.

APIMS turut menyaksikan 25 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan IPU tidak sihat.

Bacaan IPU di 12 kawasan di Semenanjung iaitu Nilai (109), Seremban (112) dan Port Dickson (188) di Negeri Sembilan, Bukit Rambai (194) dan Alor Gajah (161) di Melaka, Segamat (169), Batu Pahat (186), Kluang (152), Larkin (161) dan Pasir Gudang (107) di Johor serta Rompin (118) dan Indera Mahkota (113) di Pahang berada pada tahap tidak sihat.

Keadaan sama turut berlaku di 11 daerah di Sarawak iaitu ILP (129), Miri (110), Samalaju (113), Bintulu (144), Mukah (123), Sibu (158), Sarikei (171), Sri Aman (169), Kuching (194) dan SK Kuala Baram 2 (MCAQM) (110).

Dua lokasi di Sabah iaitu Tawau (108) dan Sandakan (103) turut merekodkan kualiti udara tidak sihat.

APIMS turut melaporkan 33 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada dalam keadaan sederhana manakala lapan kawasan merekodkan bacaan udara baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51 hingga 100 (sederhana), 101hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala melebihi 300 berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di APIMS atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar MyIPU di Google Play bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.
Artikel Berkaitan: