X

Kindly register in order to view this article
!

Jerebu: Perasmian [email protected] di Melaka dibatalkan

Pemandangan di sekitar Bandaraya Melaka yang dilanda jerebu semalam. Foto: Bernama
A
A

MELAKA - Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Melaka membatalkan Majlis Perasmian Program [email protected] #IniRumahKita 2019 peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Dataran MBMB pada 11.30 pagi ini.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee menerusi kenyataan hari ini berkata, program anjuran bersama kerajaan negeri itu terpaksa dibatalkan berikutan laporan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat di Bandar Raya Melaka setakat 9 pagi ini adalah 212 dan berada pada paras sangat tidak sihat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berkaitan risiko tahap kesihatan yang bakal dihadapi oleh petugas, peserta program serta orang ramai yang berkunjung ke program tersebut.

"Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri dan Jabatan Penerangan Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis rasmi ini.

"Pihak kita juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang menjayakan Program [email protected] #IniRumahKita 2019 pada 13 dan 14 September lalu," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!