17 motosikal di Pangsapuri Desa Tenaga terbakar

Pasukan bomba memadamkan kebakaran di tingkat bawah Pangsapuri Desa Tenaga Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama di sini melibatkan parkir motosikal penduduk awal pagi ini. Foto: JBPM KL
Pasukan bomba memadamkan kebakaran di tingkat bawah Pangsapuri Desa Tenaga Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama di sini melibatkan parkir motosikal penduduk awal pagi ini. Foto: JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 motosikal yang di parkir di tingkat bawah Pangsapuri Desa Tenaga, Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama di sini, terbakar awal pagi ini.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan (PBK) II Musa Abdullah berkata, panggilan kecemasan diterima jam 2.33 pagi tadi dan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, tujuh daripada motosikal musnah keseluruhan manakala sepuluh yang lain terjejas sepuluh peratus.

Antara tujuh motosikal yang terbakar keseluruhan dalam kejadian di Pangsapuri Desa Tenaga Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama di sini awal pagi ini. Foto: JBPM KL
Antara tujuh motosikal yang terbakar keseluruhan dalam kejadian di Pangsapuri Desa Tenaga Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama di sini awal pagi ini. Foto: JBPM KL

"Api dapat dikawal jam 2.53 pagi dan padam sepenuhnya pada 13 minit kemudian.

" Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: