Tapir sesat jatuh longkang

Penduduk kampung menghubungi pihak bomba bagi menyelamatkan tapir itu. Foto: Facebook Hilmi Harun
Penduduk kampung menghubungi pihak bomba bagi menyelamatkan tapir itu. Foto: Facebook Hilmi Harun
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penduduk Kampung Kubang Tepak, Manir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor tapir dewasa yang tersesat dan ditemui terjatuh ke dalam longkang di kampung itu malam tadi.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Tepak, Yusof Umar berkata, beliau menerima laporan mengenai kejadian itu jam 10.45 malam.

Katanya, pihaknya menghubungi pihak bomba bagi membantu menaikkan tapir itu.

Tapir yang diselamatkan cuba meloloskan diri dan lari namun ditemui semula dalam keadaan lemah. Foto: facebook Hilmi Harun
Tapir yang diselamatkan cuba meloloskan diri dan lari namun ditemui semula dalam keadaan lemah. Foto: facebook Hilmi Harun

"Tapir ini berjaya diselamatkan sekitar jam 1 pagi namun ia bertindak agresif dengan meloloskan diri sebaik dinaikkan ke darat.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 2 pagi penduduk kampung berjaya menemuinya semula tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya memetik hantaran di Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun, malam tadi.

Yusuf berkata, tapir yang masih lemah itu kini dalam pengawasan dan akan diserahkan kepada Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

"Kami kini menunggu untuk menyerahkan tapir ini kepada pihak Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut bagi melindungi haiwan ini daripada kepupusan," katanya.

Artikel Berkaitan: