Raja Muda Perlis sertai program Kayuhan Diraja bersama 1,700 peserta

No Image Caption
A
A
A

TUMPAT - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melepaskan seramai 1,700 peserta program Kayuhan Ria Diraja Generasiku Sayang 2019 di pekarangan kuarters Hospital Tumpat di sini.

Pada program terbabit Baginda turut berkenan menyertai kayuhan berbasikal sejauh 18 kilometer itu.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga turut berkenan menyertai acara berjalan kaki sejauh 5 kilometer.

Turut terlibat pada kayuhan dan berjalan kaki itu adalah Tengku Temenggung Kelantan Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz serta isteri Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

No Image Caption

Pengarah program, Dr Mohd Azman Yaacob berkata program terbabit bertujuan menjana pendapatan untuk menjamin kelangsungan ekonomi pusat perlindungan iaitu rumah Generasiku Sayang yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 29 Oktober 2015 di Putrajaya yang disempurnakan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.

"Rumah Generasiku Sayang dibina bagi menempatkan remaja serta wanita hamil luar nikah dan bayi bakal lahir. Penubuhan pusat itu melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas program terbabit.

Mohd Azman berkata program itu diharapkan menjadi platform terbaik memberi informasi berkesan kepada masyarakat mengenai kepentingan menangani masalah gejala sosial yang semakin berakar umbi dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Program kali ini turut melibatkan 80 orang delegasi dari Perlis dan lapan orang delegasi dari Narathiwat, Thailand.

"Kami berharap program itu mampu mengumpul dana seperti yang diharapkan untuk disalurkan kepada Rumah Generasiku Sayang," katanya.- Bernama

No Image Caption