X

Kindly register in order to view this article
!

Guru rugi RM120,000 diugut terlibat aktiviti dadah

136727
A
A

KUANTAN - Bimbang ditahan kerana dikatakan terbabit jenayah berkaitan dadah, seorang guru kerugian RM120,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, tidak mahu ditahan wanita berusia 50 tahun terbabit terus mengikut semua arahan sindiket yang kononnya boleh menyelesaikan masalah yang berlaku.

Menurutnya, mangsa mula ditipu setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki dikenali Aidil daripada mahkamah Terengganu menyatakan mempunyai hutang kad kredit sebuah bank sebanyak RM13,600.10.

"Panggilan kemudian disambungkan kepada lelaki yang mengaku anggota polis dan memberitahu mangsa terbabit dengan aktiviti jenayah melibatkan dadah.

"Mangsa yang takut dengan ugutan tersebut memindahkan wang sebanyak RM120,000 di atas dua akaun," katanya di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas tiga kali memindahkan wang tersebut, mangsa mula syak ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rompin.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!