Jerebu: 100 buah sekolah di Pontian ditutup esok

No Image Caption
A
A
A

PONTIAN - Semua 100 sekolah di Daerah Pontian diarah tutup esok berikutan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 220.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata, berdasarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Daerah Pontian mencatatkan IPU tidak sihat selain trend IPU yang meningkat.

"Jabatan Pendidikan Johor memutuskan semua sekolah dan tadika di daerah Pontian ditutup esok 15 September (Ahad).

"Semua ibu bapa perlu dimaklumkan bahawa murid sekolah dan tadika tidak perlu hadir ke sekolah.

"Guru bertugas di sekolah seperti biasa dan membuat tugasan sewajarnya selaras surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Shaharuddin Basri Ibrahim berkata, seramai kira-kira 29, 500 pelajar dari 100 buah sekolah terlibat dengan penutupan sekolah esok.

Katanya, Daerah Pontian memiliki 13 sekolah menengah hari, 55 sekolah kebangsaan, 25 buah sekolah jenis kebangsaan Cina, tiga sekolah agama bantuan kerajaan, sebuah sekolah tingkatan enam, sebuah kolej vokasional, sebuah sekolah rendah agama bersepadu dan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua 220 sekolah, IPT di Tangkak, Muar ditutup esok

Artikel Berkaitan: