Polaroid Eyewear pilihan Lady Gaga

No Image Caption
A
A
A

BOSAN dengan kaca mata berbentuk kotak atau empat segi?

Apa kata anda cuba kata mata terkini daripada Polaroid Eyewear yang menggabungkan gaya moden dan klasik yang ikonik.

Fesyen kaca mata itu pernah digayakan penyanyi tersohor dunia, Lady Gaga menerusi video nyanyiannya, Paparazzi.

Sekali lagi, selebriti yang sinonim dengan gaya berani telah mengenakan kaca mata menerusi fesyen terbaharu Polaroid Eyewear ketika membuat satu persembahan di New York, Amerika Syarikat.

Siapa yang sesuai menggayakannya? Bagi yang memiliki tulang rahang atau berwajah empat segi, kaca mata tersebut sangat sesuai bagi memaksimakan penampilan anda.

Polaroid Eyewear memberikan apa yang dicari oleh setiap pengguna kaca mata hitam yang mementingkan gaya dan penampilan.

Menariknya, materialnya ringan dan dilengkapi dengan lensa teknologi yang mampu melindungi mata secara menyeluruh

Artikel Berkaitan: