Amouge perkenal wangian memukau, Love Mimosa

No Image Caption
A
A
A

PEWANGI bertaraf antarabangsa, Amouage baru-baru ini memperkenalkan wangian Love Mimosa yang merupakan koleksi yang terangkum dalam segmen Secret Garden.

Dalam satu kenyataan kepada Femina, Amouge berkata, Love Mimosa merupakan manifestasi kecekalan kaum Hawa yang ceria, kuat dan bijaksana.

Wangian itu yang juga simbolik kepada wanita cekal dan tidak mengenal erti takut, menggunakan bunga Mimosa, lambang keindahan dan keharuman sejagat.

"Love Mimosa adalah selembut wanita yang memakainya, bersemangat waja dan bertekad untuk mencapai sesuatu yang nampak mustahil.

"Botol kacanya juga merupakan lambang keunggulan Amouage dan diperkenalkan dalam kemasan kuning sitrus dengan hiasan permata kristal Swarovski berwarna kuning," kata

kenyataan itu lagi.

Love Mimosa yang berbau lembut dengan tekstur flora putih sudah boleh didapati sejak Ogos lalu di gedung Amouage di seluruh dunia dan menerusi laman web www.amouage.com.

AMOUAGE Wangian keluaran terbaharu boleh didapati di:

Artikel Berkaitan:

a) Pavilion

b) Starhill Gallery

c) Isetan, Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

d) Terminal Domestik dan Antarabangsa, KLIA

Instagram: @amouageofficial