Shokubutsu lembutkan kulit wajah, badan

PELAKON Hong Kong merangkap Duta Shokubutsu, Mochi Hada menunjukkan krim mandian kulit wajah dan badan jenama tersebut
pada Majlis Pelancaran Shokubutsu Mochi Hada di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
PELAKON Hong Kong merangkap Duta Shokubutsu, Mochi Hada menunjukkan krim mandian kulit wajah dan badan jenama tersebut pada Majlis Pelancaran Shokubutsu Mochi Hada di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
A
A
A

JENAMA Shokubutsu melancarkan krim mandian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body.

Revolusi rangkaian produk baharu itu ibarat serampang dua mata apabila bertindak membersihkan wajah dan badan dengan efektif secara serentak.

Krim mandian tersebut dihasilkan menggunakan teknologi Moisture-Lock yang berfungsi memerangkap lembapan dalam kulit.

Justeru, molekul-molekul air akan ‘terkunci’, sekali gus mengekalkan hidrasi berpanjangan pada kulit wajah dan badan.

Selari dengan prinsip Shokubutsu yang sentiasa menggunakan bahan-bahan selamat, krim mandian Shokubutsu Mochi Hada diperbuat daripada ramuan semula jadi.

Ia mengandungi minyak bran beras dan ektrak tapai beras yang mana bahan berkenaan membantu menganjalkan dan mengekalkan tahap kelembapan tekstur kulit wajah serta badan.

KRIM mandian Shokubutsu Mochi Mada

Lokasi: Watsons dan pasar raya utama di seluruh negara

Artikel Berkaitan:

Harga: Bermula pada harga RM19.90 seunit