Bio-Oil Dry Skin Gel solusi kulit kering

Hooi Wan menunjukkan Bio-Oil Dry Skin Gel yang dijual dalam tiga saiz berbeza. Foto: ZAHID IZZANI
Hooi Wan menunjukkan Bio-Oil Dry Skin Gel yang dijual dalam tiga saiz berbeza. Foto: ZAHID IZZANI
A
A
A

RAMAI menganggap bahawa masalah kulit kering pada bahagian badan ataupun muka biasanya dialami oleh mereka yang bermastautin di negara empat musim terutama musim sejuk.

Namun, situasi itu juga berlaku kepada negara tropika yang bercuaca panas sepanjang tahun dan lembap seperti Malaysia.

Sekiranya masalah kulit kering tidak ditangani dengan baik, akan mendatangkan kesan buruk kepada kulit.

Masalah kulit seperti gatal, merekah, kemerahan,mengelupas dan berkeping-keping, bersisik yang menunjukkan kondisi kulit telah terjejas sekaligus menyebabkan seseorang itu kurang selesa dan tidak diyakini di khalayak ramai.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah kulit kering, Bio-Oil Malaysia memperkenalkan produk baharu, Bio-Oil Dry Skin Gel yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit badan mahupun wajah hanya dengan sedikit calitan.

Menurut Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn Bhd, Low Hooi Wan, Bio-Oil Dry Skin Gel yang terdapat dalam tiga saiz dirumus khas bagi merawat masalah kulit kering terutamanya meningkatkan dan mengunci kelembapan kulit.

"Sebahagian besar individu mengalami masalah kulit kering lebih selesa menyapu krim ataupun losyen yang memgandungi sekitar 70 peratus air.

"Namun begitu,tahukah anda bahawa kandungan air secara berlebihan tidak berupaya merawat masalah ini (kulit kering) memandangkan ia menyejat sebaik sahaja krim atau losen menyentuh pada kulit wajah ataupun bahagian badan," katanya ketika ditemui Femina di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, situasi berkenaan dapat diatasi dengan bantuan Bio-Oil Dry Skin Gel kerana produk penjagaan kulit baharu ini memiliki keistimewaan tersendiri berbanding produk losyen konvensional yang lain.

Bio-Oil Dry Skin Gel adalah generasi seterusnya dalam rawatan kulit kering kerana ia menggunakan teknologi krim kulit kering sedia ada dan ditambahbaik dengan menggantikan air yang tidak aktif dalam formulasi dengan minyak, menjadikan produk itu 100 peratus aktif dalam bentuk gel yang unik.

“Bio-Oil Dry Skin Gel, mengandungi minyak untuk oklusi mengunci kelembapan dan ‘humectant’ untuk menggabungkan kelembapan pada kulit.

“Ia juga mengandungi peratusan minyak lebih tinggi. Oleh itu, ia boleh berfungsi dengan baik. Percubaan pengguna di United Kingdom menunjukkan bahawa ia adalah benar dengan 62 peratus peserta mengatakan bahawa Dry Skin Gel lebih baik daripada apa yang pernah mereka gunakan sebelum ini untuk kulit kering," jelasnya.

Keberkesanannya juga terbukti apabila 98 penguji di Malaysia yang menyertai kempen Try and Review Bio-Oil Dry Skin Gel bersetuju bahawa produk ini memberi kelembapan segera pada kulit mereka.

ANEKDOT

Bio-Oil Dry Skin Gel

Harga

: RM19.90 (50 ml)

: RM34.95 (100 ml)

: RM58.25 (200 ml)

Lokasi: Farmasi di seluruh negara

Web: www.bio-oil.com

Facebook: bio-oil Malaysia

Instagram: @biooilmalaysia