Galeri Skybridge dibuka esok

Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau drawbridge akan dibuka kepada umum bermula esok. - Foto Bernama
Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau drawbridge akan dibuka kepada umum bermula esok. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau drawbridge di sini yang merupakan ikon baharu Terengganu akan dibuka kepada umum bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud berkata, galeri terbabit dibuka kepada umum setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan sempena pembukaan itu, pihaknya menawarkan promosi harga tiket yang rendah kepada pengunjung.

“Harga tiket ditetapkan sempena pembukaan adalah serendah RM5 untuk semua warga negara Malaysia. Bagi bukan warga negara pula, harga tiket adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak untuk tempoh terhad.

“Pembukaan ini bertemakan lukisan di mana kita pamerkan lukisan daripada hasil kreativiti pelukis tempatan.

“Oleh itu, kita mengalu-alukan orang ramai untuk datang melihat lukisan-lukisan berkenaan sambil menikmati keindahan pemandangan di galeri yang terletak di Skybridge (menara tinjau) ini,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, restoran di menara tinjau jambatan angkat berkenaan belum dapat beroperasi kerana masih dalam proses pengubahsuaian.

Artikel Berkaitan: