Panggil bomba keluarkan tangan budak tersepit celah kerusi

Anggota bomba terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan tangan seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit di celah kerusi menunggu pesakit di Klinik Komuniti Rinching Tengah di sini pagi tadi. - Foto JBPM Selangor

A
A
A

SEMENYIH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berdepan detik cemas apabila tangannya tersepit di kerusi menunggu pesakit di Klinik Komuniti Rinching Tengah Beranang pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 11.27 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Menurut komander operasi, setibanya di lokasi mendapati tangan seorang kanak-kanak lelaki tersepit di celah kerusi.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Artikel Berkaitan: