Bersatu sedia terima kritikan

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Sedia mendengar kritikan akan menjadi budaya dalam Bersatu, kata pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Budaya itu katanya bagi memastikan Bersatu berada di landasan yang betul.

"Kita akan hargai teguran, kadang yang keras kita mesti terima dan itu bermakna kita buat kesalahan yang terlalu buruk.

"Ini akan jadi budaya kita dalam Bersatu dan dalam masa lain juga kita buat teguran terhadap kepimpinan dan kita juga harus terima teguran daripada pemimpin," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali-2, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Katanya lagi, Bersatu tidak akan menjadi seperti Umno yang tidak boleh mendengar kritikan.

Tambah Dr Mahathir, "yang penting ialah teguran itu ikhlas dan tujuan untuk perbaik keadaan bukan tujuan lepas geram dan tidak puas hati".

Artikel Berkaitan: