Tiga mangsa kemalangan terima pampasan RM70 juta

Tiga maut dan 100 cedera dalam insiden kereta api Amtrak tergelincir di Washington dua tahun lalu.
Tiga maut dan 100 cedera dalam insiden kereta api Amtrak tergelincir di Washington dua tahun lalu.
A
A
A

TACOMA - Pengendali kereta api Amerika Syarikat, Amtrak diarah membayar hampir AS$17 juta (RM70 juta) kepada tiga plaintif yang terlibat dalam kemalangan di Washington dua tahun lalu.

Pihak juri persekutuan berkata, pampasan itu sebagai ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan dialami kesemua plaintif.

Barisan lapan juri di Tacoma semalam mengarahkan AS$7.75 juta (RM32.3 juta) dibayar kepada Dale Skyllingstad.

Sementara pasangan suami isteri, Blaine Wilmotte dan Madison Wilmotte masing-masing menerima pampasan berjumlah AS$7 juta (RM29 juta) dan AS$2 juta (RM8 juta).

Pada Disember 2017, tiga maut manakala 100 yang lain cedera selepas sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di Washington.

Ia tergelincir dekat Dupont di antara Tacoma dan ibu kota Olympia berhampiran selekoh di lebuh raya Interstate 5 yang sibuk kira-kira jam 7.40 pagi (waktu tempatan).

Sebanyak 13 daripada 14 gerabak kereta api berkenaan tergelincir dan jatuh ke atas sebuah lebuh raya yang sibuk, merempuh lima kenderaan dan dua trak. - Agensi

Artikel Berkaitan: